
Boleh membincangkan suatu topik yang berada diluar lingkungan umur atau statusnya. Contohnya, sekiranya seorang blogger muda menulis topik keagamaan, sosial ataupun perihal rumah tangga semestinya ditolak mentang-mentang oleh pembaca. Mereka tidak myakini penulisan yang dibuat oleh seseorang yang terlalu muda untuk menulis perihal itu.

Tidak perlu menjaga hubungan kita dengan blogger lain. Seorang anonymous dikirakan tidak mempunyai identiti sebenar. Jadi mereka boleh menentukan denga siapa mereka boleh berkawan atau dengan siapa tidak boleh berkawan (blogger lain). Mereka juga mempunyai kebebasan dalam menulis tanpa perlu mengambil kisah sensitiviti orang lain. Dengan ini, mereka dapat menulis dengan jujur dan bebas. Penulisan mereka juga tidaklah ditapis sangat dan hasilnya lebih original tanpa selindung. Kalau gathering dia tak pergi pun takde siapa kisah ibarat pergi tidak dicari dan ada tidak dikenali.

Sebagai seorang blogger yang bebas menulis tanpa peraturan yang merimaskan, kadang-kadang ada juga pihak yang tidak menyukai apa yang ditulis penulis. Oleh itu, banyak ancaman bakal diterima penulis malah yang paling teruk melibatkan soal nyawa. Contohnya, penulis yang menulis perihal politik dan sewaktu denganya. Nyatalah bahawa menjadi penulis anonymous membantu menjaga keselamatan penulis kerana tiada siapa yang mengetahui identiti sebenar mereka dan itulah nilai sebenar kebebasan sebagai seorang blogger tegar
Namun demikian, anonymous tidak seharusnya menggunakan kelebihan ini bagi mewujudkan masalah kepada orang lain.