Tutorial kali ini saya nak ajar kawan-kawan semua cara-cara shutdown Pc orang yg sedang bersambung dalam sebuah rangkaian internet yang sama dengan anda. Kadangkala kita merasa pelik ketika kita bermain internet tetapi kelajuan internet sangat lambat, itu disebabkan kerana banyaknya pengguna dalam satu rangkaian.
Saya akan menambah kelajuan internet saya dengan cara mematikan komputer orang lain dari jarak jauh, tentunya orang yang akan kita matikan komputernya berada dalam satu rangkaian wireless dengan kita dan orang tersebut tidak akan mengetahui siapa yang mematikan komputernya .*****HANYA UNTUK PEMBELAJARAN!*****Awas! Sebarang kerosakan yang berlaku kerana mengikut tutorial atas tanggungjawab sendiri.
1. Buka aplikasi cmd dengan menaip cmd di Start Menu.
net view
3. Pilih komputer sasaran dan ingat nama komputer sasaran anda.
4. Taip Shutdown-i di Command Prompt dan akan terlihat kotak dailog seperti gambar di bawah ini.
5. Klik Add untuk menambah orang yang ingin kita matikan komputernya. Caranya masukkan nama atau IP Adress.
6. Ada tiga pilihan Restart, Shutdown dan Annotate Unexpected Shutdown. Terserah pada anda ingin pilih yang mana.
7. Tentukan masa untuk menghidupkan kembali komputer Mangsa. Pada Option pilih Other (Planned).
8. Taip komen anda pada label Comment. Komen yang anda taip akan dibaca oleh orang yang ingin kita matikan komputernya.