Cara membuka, menginstall aplikasi android (apk) di laptop/pc anda!

 
Terasa bosan asyik melayan apps android dalam smartphone sahaja? Tidak mendapat kepuasan sepenuhnya ketika bermain android game HD dalam smartphone anda?
Nak bukak aplikasi android di pc ataupun di laptop tapi tidak tahu macam mana?

Kini impian anda sudahpun tercapai!
Dengan menggunakan software Bluestack pada komputer anda, anda boleh menginstal aplikasi android dalam Bluestack seberapa banyak anda mahu (bergantung space local disk ;)

Namun, software ini bukanlah software yang "sempurna" terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan,(Setakat admin guna Bluestack ni)

Kelebihan menggunakan BlueStacks

1. Boleh menginstall aplikasi ke dalam komputer/laptop anda
2. Skrin laptop/pc yang lebih besar daripada skrin smartphone memberi kepuasan ketika sedang berwhatsapp, berinstagram, dan berr macam2 lagi
3. Boleh main game pada skrin yang besar, memang puas !

Kekurangan Menggunakan BlueStacks

1. Bila kita menggunakan sesuatu software yang memerlukan tempat penyimpanan seperti internal storage, Bluestack tidak dapat mengesan dan akan keluar "Internal Error"(ni yang admin dapat) tapi kalau korang dah jumpa penyelesaian pakat2 lah komen dibawah tuuuw, sharing is caring :D
2. Kadang2 sakit hati jugak, sebab main game biasa pakai touch hand, ni kalau kat laptop/pc pakai mouse, pergh, lagi2 kalau mouse yang dah tua..hehe
3. Yang ni mungkin tak semua pengguna "Feel", bila main game tu dia terclose sendiri, aa sudah, jin cyber ke yang main2 ni? hehe, tu kena tanya yang pakar, tapi admin agak jahil dalam bab macam ni, ape admin buat? admin bukak game tu, pastu dia close sendiri, pastu admin bukak, pastu close lagi, sampailah admin boleh main game tu, yesss,..
4. Siap2 je la space local disk korang yang "banyak sangat" tu, sebab berkemungkinan software ni akan makan space anda lebih kurang 1GB,.. Tak tahulah korang berapa banyak space dia makan,..

Ok la, malas nak membebel-bubel, korang pun dah mengantuk baca artikel ni kan? hehe..
Dibawah ni ialah cara nak menginstall software Bluestack pada komputer/laptop korang :

1. Bukak website dia nieh : http://www.bluestacks.com/
2. Untuk download. Bagi pengguna windows click button hijau yang ada di sebelah kiri tu, manakala bagi Mac user boleh klik button kelabu di sebelah kanan

3. Dah download dah? kalau dah open file exe yang baru didownload tadi,..
4. Anda walla! Bluestack telah berjaya diinstall pada komputer/laptop.. 


 sumber kedua2 pic tsb : Lepakspot

Lepas itu cuba bukak Bluestack selepas diinstall, dan kalau nak cari apps boleh click pada icon kanta pembesar (walaupun kanta tu tak lah besar mana,ehehe) dan search lah apps yang korang nak.
Kalau tak ade cari sahaja di https://play.google.com/store/apps . Tak pun kalau korang jenisnya yang rajin download file apk tu dari fon dan pindahkan ke laptop..

Dan bagaimamana cara nak downloadnya dari website tu ke PC/LAPTOP ? bukan ke kena ada device? macam mana nak install apk file tu ke Bluestack? drag file apk ke Bluestack macam tu je ke?
Haa.. tu lah yang admin nak post di postingan yang seterusnya, InsyaAllah, stay tuned


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...