Cara Membuat Infografik Menarik


Sejak akhir-akhir ini banyak pihak menggunakan infografik sebagai kaedah penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dalam hal ini telah mendapat sambutan. Grafik yang digunakan juga sungguh menarik berbanding penggunaan teks sahaja.


Bagi membuat sebuah infografik yang memukau dan menarik perhatian, beberapa faktor perlu diambil kira. Antaranya :


Lebihkan penggunaan grafik dan kurangkan penggunaan teks dalam infografik anda. Selain itu, jangan menggunakan grafik secara menyeluruh tanpa sebarang teks kerana penyampaian maklumat jadi tidak jelas sebaliknya teks itu ditambah pelbagai efek yang sesuai. Contohnya jika infografik berkaitan statistik, gunakan visual berasaskan nombor.
Tumpukan pada tujuan utama infografik yang direka. Jangan sesekali menyimpang dari apa yang cuba disampaikan. Anda perlu lebih berhati-hati dalam memilih grafik yang sesuai untuk digunakan.

Gunakan infografik yang menarik dan berbeza daripada kebanyakan infografik. Penggunaan jenis grafik yang terlalu biasa akan membuatkan orang bosan dan hilang fokus pada maklumat yang disampaikan.

Kebanyakan website menggunakan warna putih sebagai warna background, jadi kalau anda menggunakan warna putih sebagai warna background infografik anda ia berupaya menyukarkan orang untuk mentafsirkan dimana infografik anda bermula dan berakhir.

Elakkan menggunakan grafik yang terlalu komplek dan memasukkan maklumat yang susah dalam infografik anda. Otak manusia lebih mudah memproses maklumat yang mudah dan ringkas untuk diingati oleh itu jangan menyusahkan orang ketika cuma membaca maklumat di infografik anda.

Pilih 3 warna utama yang sepadan seperti diatas dan kurangkan penggunaan warna selain daripada 3 warna tersebut. Warna background infografik anda sebaiknya pilih yang paling cerah antara ketiga-tiga itu. Pemilihan warna yang betul mempengaruhi infografik anda jadi berhati-hati dalam memilih warna yang sesuai. Galakan menggunakan warna yang menyedapkan mata seperti hijau dan biru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...